Memandangkan sekarang ni musim Piala Malaysia..jadi topik pun bola la kan? Team Sarawak tetap dihati. Selamanya Ngap Sayoooot!
Okay, point sebenar aku buat entry ni cuma nak bagi tahu yang aku ada kesangsian terhadap orang yang cakap pasal perempuan yang minat bola sepak. Sebab aku ni kaki penyokong bola. Aku memang tak terer sepak bola kat pandang tapi sebagai penyokong kat stadium boleh jer. Hurm.
Bila lelaki tengok bola, ia menjadi suasana biasa jika kedengaran jeritan-jeritan seperti di bawah:
" GOAL!!!! "
" Weh, offside la! "
" Ref, apasal tak dapat kad merah? Kasar kot! "
" Weh, ko bodoh la Rooney! asal main cam tu! "
Dan bila perempuan tengok bola pulak, biasa je kalau kedengaran ayat-ayat ini:
" OMG! Tu C.Ronaldo! "
" Oh, Messi!! "
" Aku sokong MU sebab ada RVP. He's hot! "
" Beckham, ko tetap di hati aku. Tiada yang lebih hot daripada kamu! <3"
Lelaki dan bola sepak memang dah sebati dari dulu-dulu lagi kan? memang tak de la yang nk dihairankan.. tapi bila disebut Perempuan dan bola sepak mesti ada sesetengah kaum Adam diluar sana akan berfikiran negatif..Orang selalu cakap, bola ni permainan lelaki. tapi aku rasa, maskulin tak maskulin, boleh je tengok bola. sama la macam sukan lain kan. Bagi aku kepada sesapa yang minat something tu hak masing masing. Sama la macam minat kepada satu sukan yang sangat sangat lah femes di dunia ni.
Banyak golongan yang sangat sangat tidak puas hati bila mana kaum perempuan minat bola. Tengok bola bukannya main bola. Dua pekara yang berbeza tu.Yang perempuan sama perempuan pun satu hal .‘Tak ladies lah kau minat bola.' Dapat suami pemain bola baru kau tahu, masa tu baru kau sibuk nak minat bola. Hekkelehhh.
Tapi betul ke wujud perempuan yang betul betul minat bola sepak tanpa ada sebab lain? Or minat bola sebab pakwe kau minat bola? Bukan minat sebab ada player hensem dalam team yang kau sokong tu? Ko memang main bola ke? Ke ade sebab lain eh? sangsi lahhhhh.
Banyak persoalan banyak juga jawapan. Lain orang, lain personalitinya. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tapi bila perempuan tengok bola, ada je mulut yang sumbang macam katak cakap, poyo la, bajet la, ape la... hallooo halllooo kakak! Ni zaman moden ler ... Perempuan dulu dengan perempuan sekarang berbeza yer... Apa dosa bila perempuan minat bola? Takde dosa kan? So... Kenapa nak pertikaikan bila perempuan bercakap pasal bola, minat bola or tengok bola?
Lagi satu soalan tak boleh blah bila orang selalu tanya kalau perempuan minat bola ialah, "ni mesti kau minat bola sebab ramai player yang kacak2 kan?"
Jawapan aku ialah,memang tak boleh disangkalkan lagi sememangnya peningkatan bilangan penonton bola sepak di kalangan wanita selalunya bermula dengan ketarikan mereka terhadap paras rupa pemain. Dah la hebat dalam sukan ini, hensem pulak, awek mana tak cair beb. Haha. Tapi aku tak minat CR korang tu. Lagi pun, lumrah la kan..sama la macam lelaki tengok female beach volleyball.. haha. kami orang sebagai perempuan, mata kitorang mesti cepat kalau nak scan player kachak2 punya.. Tapi bagi aku, aku tengok bola sebab aku suka the adrenaline rush bila nak tunggu score.. memang naik stress kepala. Haha. Kalau dia gol, maka menanglah pasukan dia, negara/pasukan dia. Kalau dia tak gol, dia dah hampakan hati 30 billion penyokong.. kalah menang adat permainan.
Alah, selama aku layan bola ni , aku dah lali dengan orang yang cakap macam2 dekat aku sebab aku tengok bola. Diehard fan lah sangat. Apa masalah aku tunjukkan yang aku ni fan real football. Haaa baru lah orang tabik springggg kat kite . havok gila perempuan tengok bola kan . haa kalau nak tahu ape yang best sangat kan layan bola ni , haa ce korang alaminya sndiri, tak nak sudah.
Alaaa kalau tak nak layan bola dari luar negara ni , ce layan bola Malaysia or layan bola pasukan negeri sendiri. Macam aku. Memang addict dengan JR and JKT huhu. hari tu masa Malaysia vs Myanmar #pestabolamerdeka, Malaysia menang macam semua pakat update status pasal bola. laki pompuan? Dua-dua. Haah macam tu la perasaan excited membuak2 setiap kali kite orang layan bola ni ;)
Sebenarnya faktor persekitaran tu la yang menjadi penyebab utama ada perempuan yang minat tonton bola sepak. Aku rasalah. Aku sendiri pun, nama pemain2 bola kat Malaysia ni pun bukan semua aku kenal. .kalau setakat yang terkenal macam Piya, Nazmi, Wan Zack tu aku kenal lah.. Dekat pasukan Sarawak FA pun aku tak kenal semua 11 orang tu. Haha. Yang tip top aku hafal lah. So, dieorang kacak ke tidak bukan masalah..yang aku nak tengok main mesti bagus. kami orang perempuan tak semua nya sama macam lelaki..
Cuma sekarang ni yang pasti aku kalau nak tengok bola, aku tengok dekat rumah or live streaming. Hajat nak pergi stadium tu ada cuma kadang2 banyak pekara penting yang lebih penting dari bola. Lagipun aku pergi stadium tengok Sarawak main je pon. Haha
Okay :) Peace no war.
SO kesimpulannya. Aku memang penyokong setia bola sepak. Aku ni die hard fan LIVERPOOL, skuad MALAYSIA dan SARAWAK FA.
SARAWAK FA |
BACK ROW (L-R): Joseph Kalang Tie, Mohd Zulfadli Awg Marajeh, Mazwandi Zekeria, Mohd Hairol Mokhtar, Bobby Gonzales, Ronny Harun, Aidil Mohamad, Sani Anuar Kamsani, Saiful Amar Sudar, Mafry Balang,
Guy Bwele, Mohd Azizan Baba, Shahran Abdul Samad, Ahmad Aminuddin Shaharudin, Ramesh Lai Ban Huat
FRONT ROW (L-R): Mohd Dzulazlan Ibrahim, Ashri Chuchu, Ronald Dennis, Azizan Saperi, Shahrol Malek,
Mohd Fareez Tukijo, Dalglish Papin ak Test, Mohd Shahrol Saperi (Captain), Ivan Babic
YNWA |
HARIMAU MALAYA |
LIONEL MESSI |
David Beckham
He looks great in just about every hairstyle he’s ever experimented with. He’s a great dad. No one can “Bend It Like Beckham” There’s no denying that he, guy’s who got talent.The man knows how to dress! Whether he’s dressing up in a suit or dressing down in casual wear, his choices are almost always impeccable. The tattoos. And tattoos can be sexy… very sexy. The man knows how to undress! He’s a multimillionaire and Victoria is one lucky lady.
Done.
P/S : Lelaki minat rancangan ratu cantik apa cerita? sebab nak tengok dada dan betis je Perempuan tengok bola sebab lelaki hensem2 ? haha
haaa lu pikir la sendiri . babedoo.
Love,
Ambai.